Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Sunday, January 30, 2011

Sayang Mimi dan Sumo....

Assalamualaikum...hari ni sangat gembira sebab kucing abang long dan kucing kat rumah ni dah dihantar ke doktor. Dapatlah dua meow comey ni dicucuk untuk kesihatan.dan dikasi. Selepas ni meow2 ni lebih sihat dan tiada lagi pergaduhan dengan kucing lain hihihihi....Nanti akan post gambar meow2 yang dalam proses untuk sembuh ni...awayyyy dulu ekkkk....

Friday, January 28, 2011

Oh tidak!!!!....gambar tak senonoh macam ne ni..???

Assalamualaikum semua...mcm pelik je kan tiba-tiba ada page dari FB kan..hihi. Sebenarnya beberapa hari lalu ada kawan post kat wall group.Ianya mengenai macam ne nak report jika ada orang lain post gambar yang tak senonoh kat FB kita.

Caranya amatlah mudah diibaratkan mengetuk dinding sambil minum kopi O hihihihi... Contohnya kalau ada gambar yg "tak senonoh/tak cool/tak baik punyer" tu, tengok je kat bawah tetingkap gambar tu ada "Report This Photo" kan?? Haaaa...korang klik je ayat tu,pastu keluarlah Question box yang macam dalam gambar di atas ni.

Korang pilih je mana kategori photo yang "tak baik punyer" tu,pastu bila dah pilih tekan "Submit".InsyaAllah gambar yang "tak baik punyer" tu akan hilang daripada FB dan tidak boleh diakses oleh orang lain.

Thursday, January 27, 2011

Kejadian banjir besar di Jeddah, Arab Saudi.

Assalamualaikum,salam sejahtera semua. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai banjir besar yang berlaku di Jeddah, Arab Saudi. Banjir besar ini sudah meragut banyak nyawa saudara-saudara se-Islam di sana. Marilah memanjat kesyukuran & berdoa semoga negara kita serta saudara-saudara Islam yang lain dijauhkan daripada bencana & peperangan.

Juga marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada roh-roh saudara-saudara Islam kita semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin...