Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Thursday, March 31, 2011

Terkejut terguling-guling sendiri.....

Assalamualaikum...perhhh lama benor idak update & coret-coret kat blog ni.hihihihi Hari ni memang antara hari yang agak mengejutkan lah. Sebabnya dengar citer radio kegemaran nak tutup kedai. Adui memang resah dibuat, tengah bagi kucing makan pun tersilap bubuh hahaha...Kesian kucing-kucingku..huhuhu :P

Akhirnya dapat tau rupanya hanya gurauan ala-ala april fool. Aduiiii aduiii..aduiii & aduiiii lagi..hahaha, memang nak teguling-guling gelak tadi. Terkene saya & sampai nak nangis tadi. Diharapkan janganlah FunkerFM tutup, sebab nanti tiada lah lagi peneman di kala diriku berjaga sampai lewat pagi. Malamku kesiangan jadinya nanti...huwaaaaa....Apapun disebabkan gimik itu tadi, ramai funkerians yang selama ini jarang conteng di wall facebook diorang muncul bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Itulah buktinya para peminat masih ada menyokong..cayalah Funker FM. Ok itu je untuk kali ini...tak lalu nak citer lagi dah sakit perut dok gelak dari siang tadi..:P Jumpa lagi...hihihi

Inilah muka terkejut saya..Whhaaattttt theeeeee....XD

Monday, March 7, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia 2011....

Assalamualaikum...wahh pagi ni sejuk bebenor, hujan rahmat di awal pagi hihihihi. Post kali ni pendek saje, nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia 2011 untuk semua rakan-rakan wanita walau dimana anda berada. Semoga hari-hari kalian dipenuhi dengan kejayaan dan dimurahkan rezeki serta rahmat. Pastikan kalian sentiasa gembira dan jaga orang yang anda sayangi sebaik mungkin.Oteh....:D

Kalau tak silaplah ni sambutan yang ke- 100, apapun nanti korang selidik balik lah ye.:P Apapun setakat itu aje lah post ni. Sekali lagi saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita untuk rakan-rakan walau dimana anda berada. Sekian post ini diakhiri dengan lagu ini dan sedikit bingkisan rasa khas untuk semua rakan-rakan wanita. Hari baru semangat baru happy selalu. Layannnnnn...

Tuesday, March 1, 2011

Blogwalking lebih mudah dengan.....

Assalamualaikum....semoga semua sihat dan ceria hendaknya hihihihi. Hari tu ada post pasal blogwalking widget tu kan, kali ni buat post baru sebab bro Yiedpozi dah menghasilkan blog widget terbaru!!!!!...masyaAllah hehehe. Terkejut saya nak akses halaman yang lama tiba-tiba tiada, rupanya dah ada yang baru hihihi.

Kalau korang nak buat blogwalking widget tu ada di blog korang, senang je. Korang ikut sahaja arahan di sini  untuk maklumat lanjut. Jangan risau kalau dah lebih 100 bloggers pun tidak mengapa, sebab Bro Yiedpozi kata "Walaupun dah lebih 100 orang yang join, anda masih berpeluang untuk join.." 

Bagi sesiapa yang ada Facebook boleh join group dengan klik sini

Di situ boleh bertanyakan lebih soalan tentang widget itu ataupun nak teman berteman dengan para-para bloggers. Baiklah itu sahaja post untuk kali ini, jumpa lagi di lain coretan. Hari baru semangat baru happy selalu..layannnn :D