Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Wednesday, November 23, 2011

Mungkin waktunya sudah hampir tiba...???

Ketung ketang ketung ketang....dah berbulan-bulannnnnnnnnnn tak jenguk blog ni. Fuhhhh nak log in pun terkial-kial nak ingat password hihihihihi :P Entah lah, sejak dah berkoje ni rasa macam takde masa nak bukak(rasa malas pun ada:P). Kali ni akan ada update le sikit,mungkin mengenai kehidupan harian,Gundam!!!!...atau apa2 je lah...:D

Post ni saje nak conteng pasal situasi atau keadaan atau errrr....pendek citer pasal "Hati dan Perasaan". Kalau difikirkan balik, dalam hidup ni tak pernah lagi jatuh cinta pada seorang insan sepenuhnya. Dari sekolah tadika sampai dah berkoje masih lagi solo. Sebahagian dalam diri nak rasa cinta kepada insan namun sebahagian lagi rasa belum masa lagi. Agak complicated plak ropenye....ehehehhh...:P

Itulah keadaannya, lebih-lebih lagi bila adik dah nak tunang dan tahun depan nak kawin tu. Ada je orang tanya "abangnya bila plak nak kawin","aiiii takkan adik je kawin,abangnya idak plak" dan macam-macam lagi lah sampai naik pening dibuatnya hahahahha....

Entah lahhhhhhhh....lambat lagi lah kot. Tapi baru-baru ni ada lah jadi beberapa kejadian,yang paling pelik lagi misterius. Ada seorang gadis iaitu kawan sekerja ni dah berubah secara drastik. Dia dah mula macam mesra pastu ada perbuatannya seakan sama dengan cara diriku contohnya dari gaya perbualan. Bila dia berinteraksi pun kadang-kadang macam gugup pastu senyum je kejenye. Parking kete pun sebelah menyebelah dan hampir tak kiralah jauh mana aku park kete. Perasan gak dia selalu pandang memandang diriku. Segan aku jadinya...rasa nak je tutup muka ni 12 jam tanpa henti huhuhuhu

Memang hairan dibuatnya, agaknya dah 3 bulan lebih keje bersama jadi camtu kot. "Chemistry" tu memang ada lah, dah macam "dynamic duo" tu hihihihi. Apapun takmau pikir sangatlah kot nanti terperasan plak hahahaha..(selalunya naluri ni betul...tapi dok melepas je kejenye..adoiinyerrr T_T). Setakat ni je merapu diriku,pasni akan ada post pasal HGUC Full Armor 7th Gundam...Assalamualaikum...jaga diri...:D