Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Wednesday, April 20, 2011

Satu lagi hari dengan dugaan yang hebat...

Assalamualaikum, salam sejahtera semoga semua baik-baik hendaknya. Lama betul tak update blog, sibuk dengan urusan harian huhuhu. Tanggal 20 April 2011 memang akan diingati dimana saya kemalangan jalan raya lagi, rasanya ni masuk kali 4 kemalangan.

Memang tak jangka akan berlaku begini, terasa cepat ia terjadi. Petang tu baru balik dari tengok tempat temuduga dari Gopeng. Pastu geraklah pegi Kampar, cadang nak beli alat tulis dan suratkhabar. Sampai je sebelum trafik light depan kubur cina tu berhenti sebab lampu merah. Tengah syok layan lagu Slam, BAMM!!! hentaman dari belakang.

Memang terkehadapan badanku dengan dada kene stereng, dengan lutut terkene dashboard. Pastu tersentak ke belakang dengan kerusi sekali, sampai sekat kerusi tu. Sedar je keteku remuk merempuh belakang bas di depan, belakang rosak teruk dilanggar proton saga. Saga tu plak dilanggar kete Toyota yang dipandu amoi, kiranya 3 kete dan 1 bas terlibat. Kete Toyota tu dipandu laju hingga melanggar Saga kemudian Saga melanggar kete ku. Mujurlah tiada kehilangan nyawa, semuanya selamat cuma 3 kete rosak teruk dan bas cuma rosak bumper belakang.

Yang agak mengejutkan amoi tu plak pegi kat aku dulu, ingatkan apa rupanya nak pinjam handphone utk call famili dia. Hadoiii saya bagilah, pas abis dia call saya plak call ayah, mujur ayah tak marah teruk sebab bukan salah aku pun huhuhu :) Apapun semuanya selesi dengan report sudah dibuat,kete dah masuk bengkel dan insuran tunggu claim je.

Memang hari yang paling akan diingati sampai bila-bila, hampir hilang nyawa kalau tak pakai tali pinggang keledar.Sekarang dah ada kat rumah tubuh badan rasa sengal dan sakit sikit. Agaknye berkat bacaan doa menaiki kenderaan yang saya baca semua jadi selamat. Oklah nak rehat nanti ada temuduga huhu. Oleh itu utamakanlah keselamatan semasa di jalan raya, perkara akan jadi jika ianya nak terjadi walau sebanyak mana kita usaha untuk selamat. Jumpa lagi...sekian..

Bahagian hadapan Kancilku yg remuk....
Bahagian belakang yang dirempuh Proton Saga,alhamdulillah pak
cik yang memandunya selamat cuma sakit dibahagian dada sebab terkene
stereng