Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Monday, May 30, 2011

Dalam kesedihan & keredhaan...

Hari ni rasa sangat sedih, salah satu kucing kesayangan Si Tunggal, hilang sampai hari ni tak balik-balik. Sedih juga la sebab selain daripada Cemong & Cumi, dia sangat manja dengan ku. 

Memang teringat kenangan lama dengannya...bila lapar mesti guling-guling, bergesel-gesel kat kakiku mintak ikan goreng. Itulah makanannya, tiap-tiap hari nak ikan goreng je, selagi tak dapat memang tak senang duduk dia. Bila bermain plak, selalu main berkejaran & bergusti dengan kucing si Mimi. Tempat lepak plak kat depan pintu bilik air dengan si Mimi. Tiap-tiap itulah aktiviti mereka, memang terkenang je.

Apapun sudah redha dengan ketentuannya, sebab haiwan dijamin masuk syurga & mereka selalu mendoakan manusia yang menjaga mereka. Bagiku itu melegakan sedih di hati ini. InsyaAllah kucing-kucing lain akan dijaga dengan baik dengan penuh kasih sayang. Pesan pujangga "biar semangat dibakar hangus, hidup mestilah terus".. Setakat itu coretan..sekian jumpa lagi..:)  

Saturday, May 28, 2011

Luahan hati nurani...(edisi separuh berani)

Assalamualaikum...harap semua sihat-sihat sejahtera hendaknya. Ermmm sejak dua menjak ni, memang agak jiwa syahdu dan tangkap hati banyak sangatlah dibuatnya. Bukan apa dah  banyak sangat kawan2 tanya pasal soalan "bila cinta nak melekat pada hati robot tu" dan ada gak yang kata diriku sudah ada awek (teman istimewa) OMG!!!! 0_0 . Ya, diriku jua terkejut dengan soalan sebegitu hahaha. Entah lah sampai naik tepu dan penat nak jawab soalan2 begitu sehingga blurr dibuatnya. 

Sejujurnya ingin memberitahu, diriku memang sudah bertahun2 solo sejak dari sekolah tadika lagi. Sebab dari kecik kemetot memang pemalu dengan perempuan. Kini aku hanya senang untuk berkawan sahaja sehingga aku benar-benar bersedia untuk mempunyai teman istimewa yang menghiasi taman dalam hati kemetot ini.

Aku bimbang dan risau, jika ketidaksediaan aku melukakan hati sesiapa saja yang merempuh hatiku ini. Bohong kiranya tiada keinginan untuk bercinta, setiap hari hati ni menjerit mahu bercinta. Benar, dalam hidup ku txpernah bercinta langsung,cuma minat2 sikit tu adalah. 
Tu kira macam crush la,dalam 2 kali crush seumur hidup ni. Pertama dengan sorang pelajar masa sekolah menengah, dalam 5 tahun gak la crush tu. Kedua crush dengan senior masa kat kolej, dalam 6 bulan lah crush tu,akhirnya tak jadi pepun. 

Ermmm ntah lah panjang plak luahan ni, cukuplah setakat ni. InsyaAllah apabila sudah bersedia, aku sendiri akan mencari cinta. Errrr..kalau ada yg simpan perasaan tu tolonglah paham dgn keadaan ku ni ye. Sebab tu bila berkawan, aku jarang rapat takut crush lagi..memang menyeramkan.. OK layan je lah lagu kat bawah ni ye..jumpa lagi.

Lagu ni menceritakan segalanya...paham2 jelah..
no Komen:P


Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum semua...semoga sihat & ceria hendaknye ye..hihihi :D (ceria maklumlah besday semalam..hehe) Ehemmm..ok hari ni tanggal 16.5.2011 tibanya Hari Guru, jadi nak ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru tak kiralah dalam bidang apapun,baru nak jadi guru atau yang sudah bersara. 

Jasa guru tetap dikenang kerna tanpa guru, seseorang tidak mungkin akan dapat belajar dengan sendirinya. Sesungguhnya sebaik baik belajar itu adalah melalui seorang guru yang berilmu & berwibawa. Jadi hormatilah setiap guru, lagipun guru ini martabatnya tinggi kerna menyebarkan ilmu kepada umat manusia.

Terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi ilmu dan pengajaran kepada saya sehingga menjadi seorang insan di masa ini. Jasa-jasa besar mereka tidak mampu ku balas, hanya doa memohon kesejahteraan & kebahagian dunia akhirat di hadiahkan. :)

Semoga institusi penguruan akan terus melahirkan insan-insan yang hebat gemilang,cemerlang dan terbilang untuk  keluarga,agama dan negara. Amin...sekian coretan kali ini..jumpa lagi, terima kasih cikgu. Lambai tangan laju2...:D

::Lagu khas untuk guru-guru 
yang telah banyak berjasa..Terima kasih cikgu.::

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Jururawat 2011

Assalamualaikum salam sejahtera, diharapkan semua sihat serta ceria hendaknya. Fuhhh penat betul training lari 2.4km tadi hehehe. Dah abis training barulah dapat duduk menghadap laptop. Ok hari ni nak ucapkan Selamat Hari Jururawat tahun 2011 untuk semua jururawat di serata dunia & juga di Malaysia ini. Kalau tak silap ada sorang rakan blogger keje sebagai jururawat,jadi ucapan untuk beliau sekali la ni..hihihi :D

Sehingga kini, saya amat memandang tinggi keje jururawat ni (penah hampir2 nak masuk kolej kejururawatan tp ke pertanian peginye..:P). Antara sebabnya dulu masa sekolah rendah penah eksiden hingga cedera teruk di bahagian muka. Batang hidung hancur,pipi ada retak kiri kanan,dahi tenggelam sikit & mata selalu berair. Semasa kat hospital sedar2 je dah ada Misi (jururawat) jaga,perhhh macam mimpi hihihi :P .Memang baik benor le Misi2 kat situ, semuanya memang keje terbaik dari yang terbaik. Tabik spring 3kali..toink toink toink..:D

Alhamdulillah berkat jagaan Misi ,keluarga & doktor, kecederaan dah pulih sekarang ni. Sampai hari ni tak lupa jasa mereka, tanpa mereka mungkin lambatlah kecederaan ni nak pulih. (Misi siap cakap walaupun hidung gitu,masih tetap hensem.berbunga2 hati ku..hahahaha :P)

Oklah setakat itu coretan kali ni,taip banyak nanti ter-merapu le plak...hehe Jaga diri semua, hargailah Misi2 yang tanpa penat lelah berbakti untuk rakyat. Berbicara secara berbudi bahasa & ucapkan terima kasih pada mereka ini. Sekian....:)

Lagu khas di tujukan pada semua Jururawat 
di seluruh dunia & juga Malaysia...:)


Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu Sedunia 2011....

Assalamualaikum....wiiiiiii...ehehe sedar tak sedar dah bulan Mei rupenye hihihih. Rasanya bulan Mei ni banyak terjadi perkara yang agak besar & mengejutkan. Apapun bulan Mei ada hari yang istimewa (selain hari lahir sendiri :P) iaitu Hari Ibu Sedunia. Kalau tak silap lah bulan March & April pun ada juga orang yang sambut Hari Ibu. 

Terus terang saya bagitau, saya jarang sambut hari Ibu ni. Sebab dari kecik tidak di ajar sambut hari Ibu, jadi dari kecik kemetot dah anggap setiap hari itu hari Ibu Ayah. Jika saya tak mampu bagi hadiah yang berbentuk barang, saya akan gunakan tulang empat kerat & kudrat dalam diri untuk bantu ibu & ayah di rumah. Sempena hari ibu ini, habis laman rumah, kebun dan bukit tepi rumah dibersihkan tahap gaban hihihihi 

Memang penat tapi bila diingat jasa Ibu yang setiap hari menghantar ke sekolah tadika dulu, hilang segala letih.(rasa malas pun hilang..Betooollllll!!!!...:D) Oklah tak mau citer banyak, apa yang perlu diingat hargailah jasa ibu bapa kita dengan sedaya mampu & sehabis baik kita. Syurga bawah tapak kaki ibu & kebahagian dari kasih ayah. Jumpa lagi....lambai tangan laju-laju....:))

Walau jauh di mata,kasih ibu tetap membara
kepada anaknya...:)