Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Wednesday, June 29, 2011

Hentian ini...titian perjalanan...

Titis embun bersinar dihujung cahaya
dalam sejuk kabus pagi
duduk di situ dengan nafas dihela
dihembus perlahan seirama gerak hati...

Pagi semakin cerah bercahaya
gerabak demi gerabak melepasi
sampai masa pergi berkelana jua
meninggalkan segala memori di hentian ini...

Terkadang kala tidak semua diperolehi...
ada masa diri perlu meredhai
ada ketika harus berkorban
itulah ragam menempuh titian perjalanan...

Monday, June 6, 2011

Tiga lagu....wahhhhh diriku masih blurrr..

Assalamualaikum...wiiiii...heheh semoga kome semua sihat2 hendaknye hihihi :D Ini post suka suki sendiri je ni, semalam ada seorang kawan funkerians citer pasal 3 lagu yg bersambung dan beliau suruh saya dengar lagu2 ni.  Lagu nya ialah Gadis Bertudung Putih, Milik Siapakah Gadis Ini dan Jangan Tunggu Lama-lama. Ermmm dah dengar pun...errr macam ada sesuatu huhuhu. Cuba lihat antara lirik-liriknya di sini...  


Gadis bertudung putih...
Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya



Milik siapakah gadis ini...
Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya




Jangan tunggu lama-lama...
Apabila engkau berjumpa 
Dengan seorang dara

Yang banyak memberi harapan

Dengan sepenuh jiwa

Jangan biarkan ia menunggu

Janganlah sampai ia berlalu

Errr....sebenarnya saya sendiri pun tahu sikit makna disebalik tiga lagu tu. Rasa macam ada kene mengena dengan kehidupan realiti dan macam misteri je feelnya. Tak berani lah nak konfim sangat sebab tak tahu status sebenarnya. Tanda2 tu macam dah nampak atau mungkin diriku je yg perasan lebih hahaha :P. Apapun kisahnya, aku akan terus memerhati dari jauh dan diharapkan ianya menjadi bahagia. Sekian...:) 

Unggal dah alik...nyomei2...:D

Alhamdulillah dalam minggu lepas si Unggal balik rumah, amat bersyukur rasanya. 2 hari gak lah tak balik, memang gundah gulana jadinya. Pagi Khamis minggu lepas tiba2 je muncul pagi tu, terkejut dibuatnya.(tersembur air teh..:P) . 

Hingga tersengih2 sendiri diriku..hihihi :)


Pastu si Unggal demam sampai hari ni, tapi sekarang dah ok sikit sebab dah bagi ubat. Semenjak ilang tu, makin manja plak beliau ni, asal malam je nak tido dekat saya.hihihihi nak manja lebih agaknye. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. dengan kepulangan kucing ku ini.