Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Sunday, February 27, 2011

Menyoal kata hati & jiwa...

Assalamualaikum. Inspirasi hati mencoretkan hasrat di hati, namun di dalam ketidaksedian ini semuanya masih jauh lagi. Ikut kata memang senang di setengah mata duniawi, harus diingat berkasih dua hati bertaut jiwa. Apabila satu hati terluka, kedua-dua jiwa merasai kesannya.

Tanyanya...

Seringkali membisu pabila disapa cinta..
terus ditanya mengapa terus begini..
mengapa masih mahu menepis cinta..
adakah mahu hidup selamanya sepi..

Tahukah ianya sangat manis indah..
memberi semangat keazaman kekuatan membara..
sehingga pandai mengukir lingkaran madah..
tidakkah teringin mengapai mendakap cinta..

Jawabnya...

Rasa sayang itu ada tersembunyi..
tiada kata mahupun ayat diluahkan
terasa sangat malu tiada terperi..
cinta dalam hati terus ditahan..

Seharusku percaya kata hati diriku..
seharusku fahami keadaan diri ini..
mengasihi bersamamu itu harapanku..
tiba masanya cinta akan bersemi..

Sabarlah dan berilah peluang untuk masa memberi laluan kepada cinta suci mendakap kedua-dua hati. Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan setiap manusia berpasangan, berdoalah moga diberi jodoh yang terbaik. Sekian madah ini....Hari baru...Semangat baru...Happy selalu..

Saturday, February 26, 2011

Lagu-lagu ini membawa memori seribu erti....

Assalamualaikum,wiiihuuuuu....hihihi. Wahhh hari ni sangat bersinar-sinar cemerlang dengan angin lembut berbahasa. Pada fikiran saya, setiap orang pasti ada lagu-lagu yang diorang suka dan banyak memberi memori pada diri sendiri kan. Bagi saya lagu-lagu daripada Slam, XPDC dan Linkin Park lah yang paling terkesan di hati sebab sememangnya ada memberi 150 juta memori hihihi. Di sini saya nak citer sikit macam boleh minat dan memori di sebalik lagu-lagu itu...


Saturday, February 19, 2011

Mecha, Gundam dan Saya....

Assalamualaikum, yiihhhaaaaa..wahhh lama dah tak buat post baru hihihihi. Sibuk dengan kehidupan harian sampai tak sempat nak update blog ni,kesian blog ku ini. OK kali nak citer pasal "Mecha, Gundam dan Saya". Eerrrr mungkin post ini agak panjang jadi bacalah jika mahu ekk...hihihi Saya tak kisah pun kalau tak mahu baca..:P

MECHA

"Mecha (genre), also known as mechs (plural), or mech (singular), is a broad genre of vehicles (normally walking vehicles) which are usually controlled by a pilot. Mechs often appear inanimescience fiction, and other genres involving fantastic or futuristic elements. Mechs are generally, though not necessarily, bipedal, with arms, hands, and usually fingers capable of grasping objects. A mech that approximates the shape of a human body may allow the use of martial arts movements and swordsmanship, ceremonial acts of honorsaluting, and other human mannerisms that cannot be performed using a tank or airplane.http://en.wikipedia.org/wiki/Mecha

Thursday, February 10, 2011

Muzik dan radio....

Assalamualaikum....yiihhaaaaa....tiba-tiba je ada kekuatan nak buat post baru hihihihi :P Ermmm hari ni nak citer pasal muzik dan radio yang selalu membuai selera mendengar saya.

Mula citer pasal Muzik la kan, ermm kalau bab muzik ni rasanya tiada ketetapan atau dalam erti kata lain tak ikut genre sangat. Rasa sedap je dengar, itulah yang selalu di dengar hihihi. Memang ada beberapa pemuzik atau lagu yang di minati. Antara pemuzik/ band/ artis yang disukai ialah band Search, Wings, XPDC, Anuar Zain, Slam dan Linkin Park. Tapi yang paling diminati tentulah Slam dan XPDC  hehe sampai dalam handphone, PC, laptop ada lagu diorg hahaha...Tak tahu kenapa lagu diorg best sangat dan layan plak tu. Teringat lagi waktu sekolah dulu bergendang kat meja dengan member-member lagu Monggol Dah Pulang. Lagu Slam sudah semestinya Mentari Muncul Lagi lah kan.Memang best gilerrrr hihihi...

Masuk bab Radio plak ek..hehe Sebenarnya dalam kehidupan saya ni hanya 4 stesen je yang saya suka dengar.Ianya mengikut kronologi dari kecik sampai besar. Ok ini radio yang saya suka dengar :-
  1. PerakFM ( memang ol'skool stesen ni, lagu2 pun memang mantop2 hihi )
  2. EraFM ( kat stesen ni la 1st time dengar lagu Slam,pastu terus sangkut dgn lagu Slam hihihi )
  3. XFM (dulu dikenali sebagai XFreshFM, lagu-lagu band indie & yang paling baru mmg byk kat stesen ni.dulu siap join chat room XBual diorg lagi hihihi )
  4. FunkerFM ( atau lebih dikenali sebagai FFM.radio khas untuk pelayar2 internet tegar.lagu2 pun best siap bleh request lagi dan bleh register jadi Funkerians untuk dapat macam2 faedah hehehe konfim layaaannnn..)
Kiranya post ini mengenai minat saya terhadap muzik dan radio je hihihi. Sebenarnya pagi tadi ada sorang ni tanya pada saya "you ni suka layan lagu yang macam ne, muka macam gangster rock je tapi layan lagu Slam ape kes ???". Dan dia gelakkan saya, haaa inilah jawapan kepada persoalan orang itu muaahahaha (gelak evil sikit je). Memang la muka rock ganas je, tapi dalam hati ada taman tau. Bak kata orang, rockers kalau jiwang....lelehhhh beb...hahaha...Apapun setakat ini jela merapu saya. Sekian jumpa di lain masa.Hari baru semangat baru happy selalu...layaaannnnn.....

Tuesday, February 1, 2011

Cinta memberi kekuatan...bukannya memberi ketakutan..

Hari ni nak beremosi sikit hihihihi...Kalau termuntah baca semua ni jangan marah ekk..:P(nanti post yang lain akan citer mengapa lagu Slam mengundang emosi ekk..).

~Dulu cinta ni aku anggap sangat menakutkan. Di waktu sekolah menengah, apabila melihat kawan-kawan kecewa bercinta,aku mula rasa risau. Tak lama kemudian, melihat pula kawan-kawan yang kecewa bercinta hingga gagal dalam pelajaran. Aku mula risau lagi sehingga waktu itu aku memendam terus rasa cinta kepada seorang gadis sehingga 5 tahun. Akhirnya cinta itu berlalu pergi selepas 2 tahun tamat sekolah menengah.

Kemudian masuk pula ke kolej, wahh waktu ni memang terkena kejutan budaya. Macam-macam ragam manusia aku temui, memang penuh warna warni. Ketika itu juga pada hari kedua melapor diri ke kelas, mata aku sudah tertarik pada seorang gadis ni. Terasa seperti ada kelainan pada gadis itu, masa itu juga hati ni terpaut padanya. Dia pula memang baik tingkah lakunya, memang senang bekerja dengannya.

Tiap-tiap hari berada di kelas memang rasa sangat bersemangat, hingga kawan-kawan pun hairan mengapa aku rajin sangat. Aku hanya mampu tersenyum jika ditanya soalan begitu. Dalam 12 bulan terus memendam rasa sebab aku rasa malu untuk meluahkan dan juga kerana ketakutan aku untuk bercinta. Akhirnya aku dapat tahu dia akan kahwin dalam tahun ini. Cinta ke-2 ini melepas jua selepas habis konvokesyen. Apapun aku masih berhubung dengan dia di MukaBuku sebagai seorang kawan.

Kini di waktu ini, aku sedar jua. Cinta itu perlu dalam hidup ini, ianya sebagai kekuatan dan sebagai pengajaran penambah pengalaman. Aku cuba buang segala ketakutan itu, dengan itu aku cuba menyediakan diri untuk menempuh dunia percintaan. Jika kali ini cinta berkunjung di hati, aku akan mencuba untuk pegang ia erat-erat. Mungkin cinta yang ke-3 nanti menjadi titik perubahan dalam hidup ini. 

Ada seorang sahabat pernah berkata masa depan aku penuh dengan segala kemungkinan. Hmmm..mungkin ada benarnya kata dia itu.~