Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Jururawat 2011

Assalamualaikum salam sejahtera, diharapkan semua sihat serta ceria hendaknya. Fuhhh penat betul training lari 2.4km tadi hehehe. Dah abis training barulah dapat duduk menghadap laptop. Ok hari ni nak ucapkan Selamat Hari Jururawat tahun 2011 untuk semua jururawat di serata dunia & juga di Malaysia ini. Kalau tak silap ada sorang rakan blogger keje sebagai jururawat,jadi ucapan untuk beliau sekali la ni..hihihi :D

Sehingga kini, saya amat memandang tinggi keje jururawat ni (penah hampir2 nak masuk kolej kejururawatan tp ke pertanian peginye..:P). Antara sebabnya dulu masa sekolah rendah penah eksiden hingga cedera teruk di bahagian muka. Batang hidung hancur,pipi ada retak kiri kanan,dahi tenggelam sikit & mata selalu berair. Semasa kat hospital sedar2 je dah ada Misi (jururawat) jaga,perhhh macam mimpi hihihi :P .Memang baik benor le Misi2 kat situ, semuanya memang keje terbaik dari yang terbaik. Tabik spring 3kali..toink toink toink..:D

Alhamdulillah berkat jagaan Misi ,keluarga & doktor, kecederaan dah pulih sekarang ni. Sampai hari ni tak lupa jasa mereka, tanpa mereka mungkin lambatlah kecederaan ni nak pulih. (Misi siap cakap walaupun hidung gitu,masih tetap hensem.berbunga2 hati ku..hahahaha :P)

Oklah setakat itu coretan kali ni,taip banyak nanti ter-merapu le plak...hehe Jaga diri semua, hargailah Misi2 yang tanpa penat lelah berbakti untuk rakyat. Berbicara secara berbudi bahasa & ucapkan terima kasih pada mereka ini. Sekian....:)

Lagu khas di tujukan pada semua Jururawat 
di seluruh dunia & juga Malaysia...:)


5 comments:

  1. woo..patut laa wish suka sgt..ada pengalaman sendiri rupanya..

    ReplyDelete
  2. hahah...yep sbb ada pengalaman sendiri duk hospital selama seminggu sbb eksiden..;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum zul..

    setiap perkara mesti ada kisah disebaliknya kan.. kak ida lak mmg takleh ngan spital ni.. tgh2 sakit ble mak cakap "jom g spital, terus sihat.. hehee..

    kak ida x on fesbuk skank, bz ngan thesis.. sehari tak bke rasa mcm setahun.. tapi kne tahan gak.. tapi setiap masa dgr ffm, peneman di kala sibuk sekalipun..

    hari ni birthday zul ya.. kak ida nk ucapkan selamat hari lahir.. moga panjang umo dan murah rezeki serta diberkati Ilahi di dunia dan akhirat.. aminn..

    ReplyDelete
  4. betul la tu,mmg ada je kisahnya.wahhh bagusnye blum gi spital dah sembuh ye..(takut gi spital la tu..hihihi :P)

    ooo txpe haritu de dgr kat radio,trima kasih kak Ida.amin..semoga begitulah hendaknye..:)

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam kak Ida..(sy trxcited benor sampai trlupa jawab salam..:P)

    ReplyDelete