Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Saturday, May 28, 2011

Luahan hati nurani...(edisi separuh berani)

Assalamualaikum...harap semua sihat-sihat sejahtera hendaknya. Ermmm sejak dua menjak ni, memang agak jiwa syahdu dan tangkap hati banyak sangatlah dibuatnya. Bukan apa dah  banyak sangat kawan2 tanya pasal soalan "bila cinta nak melekat pada hati robot tu" dan ada gak yang kata diriku sudah ada awek (teman istimewa) OMG!!!! 0_0 . Ya, diriku jua terkejut dengan soalan sebegitu hahaha. Entah lah sampai naik tepu dan penat nak jawab soalan2 begitu sehingga blurr dibuatnya. 

Sejujurnya ingin memberitahu, diriku memang sudah bertahun2 solo sejak dari sekolah tadika lagi. Sebab dari kecik kemetot memang pemalu dengan perempuan. Kini aku hanya senang untuk berkawan sahaja sehingga aku benar-benar bersedia untuk mempunyai teman istimewa yang menghiasi taman dalam hati kemetot ini.

Aku bimbang dan risau, jika ketidaksediaan aku melukakan hati sesiapa saja yang merempuh hatiku ini. Bohong kiranya tiada keinginan untuk bercinta, setiap hari hati ni menjerit mahu bercinta. Benar, dalam hidup ku txpernah bercinta langsung,cuma minat2 sikit tu adalah. 
Tu kira macam crush la,dalam 2 kali crush seumur hidup ni. Pertama dengan sorang pelajar masa sekolah menengah, dalam 5 tahun gak la crush tu. Kedua crush dengan senior masa kat kolej, dalam 6 bulan lah crush tu,akhirnya tak jadi pepun. 

Ermmm ntah lah panjang plak luahan ni, cukuplah setakat ni. InsyaAllah apabila sudah bersedia, aku sendiri akan mencari cinta. Errrr..kalau ada yg simpan perasaan tu tolonglah paham dgn keadaan ku ni ye. Sebab tu bila berkawan, aku jarang rapat takut crush lagi..memang menyeramkan.. OK layan je lah lagu kat bawah ni ye..jumpa lagi.

Lagu ni menceritakan segalanya...paham2 jelah..
no Komen:P


2 comments:

  1. wahh luahan separuh berani ni.. rasa mcm nk pggl kawan2 funkerian semua baca entry ni la.. hehee.. xper lah zul, jnji bila dah bersedia baru layan cinta tu.. mmg payah gak kalau x sedia kan.. kak ida faham.. apa2 pun jnji zul bahgia ngan kehidupan.. :)

    ReplyDelete
  2. uikkksss...jangan kak ida..hahaha adess segan lah.btul tu bila dah sedia baru sy layan perasaan cinta tu.Amin semoga begitulah hendaknya...:)

    ReplyDelete