Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu Sedunia 2011....

Assalamualaikum....wiiiiiii...ehehe sedar tak sedar dah bulan Mei rupenye hihihih. Rasanya bulan Mei ni banyak terjadi perkara yang agak besar & mengejutkan. Apapun bulan Mei ada hari yang istimewa (selain hari lahir sendiri :P) iaitu Hari Ibu Sedunia. Kalau tak silap lah bulan March & April pun ada juga orang yang sambut Hari Ibu. 

Terus terang saya bagitau, saya jarang sambut hari Ibu ni. Sebab dari kecik tidak di ajar sambut hari Ibu, jadi dari kecik kemetot dah anggap setiap hari itu hari Ibu Ayah. Jika saya tak mampu bagi hadiah yang berbentuk barang, saya akan gunakan tulang empat kerat & kudrat dalam diri untuk bantu ibu & ayah di rumah. Sempena hari ibu ini, habis laman rumah, kebun dan bukit tepi rumah dibersihkan tahap gaban hihihihi 

Memang penat tapi bila diingat jasa Ibu yang setiap hari menghantar ke sekolah tadika dulu, hilang segala letih.(rasa malas pun hilang..Betooollllll!!!!...:D) Oklah tak mau citer banyak, apa yang perlu diingat hargailah jasa ibu bapa kita dengan sedaya mampu & sehabis baik kita. Syurga bawah tapak kaki ibu & kebahagian dari kasih ayah. Jumpa lagi....lambai tangan laju-laju....:))

Walau jauh di mata,kasih ibu tetap membara
kepada anaknya...:)





3 comments:

  1. Assalamualaikum..

    betul tu.. jasa dan pengorbanan ibu dan ayah bukan tuk dihargai dan diingati dalam masa2 tertentu tapi tuk selamanya.. setiap saat dan ketika.. sama la masih tak mampu nk berikan apa2 tuk mak atau ayah sebab masih belajar.. rasanya masih belajar atau dah kerja sekalipun DOA adalah hadiah yang paling bermakna.. :)

    ~SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU~

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam kak ida...

    sy setuju sangat tu..hihihi doa itulah sebaik2 hadiah seorang anak kepada ibu & ayahnya..:)

    ReplyDelete
  3. stuju gak...SELAMAT HARI IBU SEDUNIA

    ReplyDelete