Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Tuesday, February 1, 2011

Cinta memberi kekuatan...bukannya memberi ketakutan..

Hari ni nak beremosi sikit hihihihi...Kalau termuntah baca semua ni jangan marah ekk..:P(nanti post yang lain akan citer mengapa lagu Slam mengundang emosi ekk..).

~Dulu cinta ni aku anggap sangat menakutkan. Di waktu sekolah menengah, apabila melihat kawan-kawan kecewa bercinta,aku mula rasa risau. Tak lama kemudian, melihat pula kawan-kawan yang kecewa bercinta hingga gagal dalam pelajaran. Aku mula risau lagi sehingga waktu itu aku memendam terus rasa cinta kepada seorang gadis sehingga 5 tahun. Akhirnya cinta itu berlalu pergi selepas 2 tahun tamat sekolah menengah.

Kemudian masuk pula ke kolej, wahh waktu ni memang terkena kejutan budaya. Macam-macam ragam manusia aku temui, memang penuh warna warni. Ketika itu juga pada hari kedua melapor diri ke kelas, mata aku sudah tertarik pada seorang gadis ni. Terasa seperti ada kelainan pada gadis itu, masa itu juga hati ni terpaut padanya. Dia pula memang baik tingkah lakunya, memang senang bekerja dengannya.

Tiap-tiap hari berada di kelas memang rasa sangat bersemangat, hingga kawan-kawan pun hairan mengapa aku rajin sangat. Aku hanya mampu tersenyum jika ditanya soalan begitu. Dalam 12 bulan terus memendam rasa sebab aku rasa malu untuk meluahkan dan juga kerana ketakutan aku untuk bercinta. Akhirnya aku dapat tahu dia akan kahwin dalam tahun ini. Cinta ke-2 ini melepas jua selepas habis konvokesyen. Apapun aku masih berhubung dengan dia di MukaBuku sebagai seorang kawan.

Kini di waktu ini, aku sedar jua. Cinta itu perlu dalam hidup ini, ianya sebagai kekuatan dan sebagai pengajaran penambah pengalaman. Aku cuba buang segala ketakutan itu, dengan itu aku cuba menyediakan diri untuk menempuh dunia percintaan. Jika kali ini cinta berkunjung di hati, aku akan mencuba untuk pegang ia erat-erat. Mungkin cinta yang ke-3 nanti menjadi titik perubahan dalam hidup ini. 

Ada seorang sahabat pernah berkata masa depan aku penuh dengan segala kemungkinan. Hmmm..mungkin ada benarnya kata dia itu.~

No comments:

Post a Comment