Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Sunday, February 27, 2011

Menyoal kata hati & jiwa...

Assalamualaikum. Inspirasi hati mencoretkan hasrat di hati, namun di dalam ketidaksedian ini semuanya masih jauh lagi. Ikut kata memang senang di setengah mata duniawi, harus diingat berkasih dua hati bertaut jiwa. Apabila satu hati terluka, kedua-dua jiwa merasai kesannya.

Tanyanya...

Seringkali membisu pabila disapa cinta..
terus ditanya mengapa terus begini..
mengapa masih mahu menepis cinta..
adakah mahu hidup selamanya sepi..

Tahukah ianya sangat manis indah..
memberi semangat keazaman kekuatan membara..
sehingga pandai mengukir lingkaran madah..
tidakkah teringin mengapai mendakap cinta..

Jawabnya...

Rasa sayang itu ada tersembunyi..
tiada kata mahupun ayat diluahkan
terasa sangat malu tiada terperi..
cinta dalam hati terus ditahan..

Seharusku percaya kata hati diriku..
seharusku fahami keadaan diri ini..
mengasihi bersamamu itu harapanku..
tiba masanya cinta akan bersemi..

Sabarlah dan berilah peluang untuk masa memberi laluan kepada cinta suci mendakap kedua-dua hati. Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan setiap manusia berpasangan, berdoalah moga diberi jodoh yang terbaik. Sekian madah ini....Hari baru...Semangat baru...Happy selalu..

3 comments:

  1. suka ngan puisi ni.. :)
    insya'allah "tiba masanya cinta akan bersemi.."

    ReplyDelete
  2. amin..semoga gitulah hendaknye..:D

    ReplyDelete
  3. amin!! huhu >>> xsgk3 zul jiwang gak..

    ReplyDelete