Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Saturday, February 19, 2011

Mecha, Gundam dan Saya....

Assalamualaikum, yiihhhaaaaa..wahhh lama dah tak buat post baru hihihihi. Sibuk dengan kehidupan harian sampai tak sempat nak update blog ni,kesian blog ku ini. OK kali nak citer pasal "Mecha, Gundam dan Saya". Eerrrr mungkin post ini agak panjang jadi bacalah jika mahu ekk...hihihi Saya tak kisah pun kalau tak mahu baca..:P

MECHA

"Mecha (genre), also known as mechs (plural), or mech (singular), is a broad genre of vehicles (normally walking vehicles) which are usually controlled by a pilot. Mechs often appear inanimescience fiction, and other genres involving fantastic or futuristic elements. Mechs are generally, though not necessarily, bipedal, with arms, hands, and usually fingers capable of grasping objects. A mech that approximates the shape of a human body may allow the use of martial arts movements and swordsmanship, ceremonial acts of honorsaluting, and other human mannerisms that cannot be performed using a tank or airplane.http://en.wikipedia.org/wiki/Mecha

Ya itulah sedikit info mengenai "Mecha",mecha lah yang buat saya terpesona dengan robot. Mecha yang mula-mula menarik minat saya ialah Madcat/Timberwolf daripada siri videogame Mechwarrior 3. Itu videogame PC yang saya main masa sekolah menengah. Pada waktu tahun 90-an tu PC masih dalam zaman perkembangan IT dan masa tu broadband pun takde. Daripada itu mulalah minat dengan genre mecha sampai sanggup beli videogame MechWarrior, HeavyGear dan game-game yang ada robot hihihi. Memang best lah waktu layan game-game mecha tu, sampai pelajaran pun hampir terkantoi..:P 

Ini gambar Madcat/Timberwolf :

MadCat / TimberWolf  salah satu Clan BattleMech
yang palingdigeruni di seluruh galaksi Inner Sphere.
      

GUNDAM

Yeahhhhhh....ermm Gundam yang paling mula saya nampak ialah RX-78-2 Gundam kat kedai mainan. Masa tu kecik lagi dalam sekolah rendah. Memang tak tahu lah apa benda robot tu siap ada colour lagi hahaha. Namun Gundam ni sebenarnya mula minat dalam tahun 2000 ke atas. Masa itu Mobile Suit Gundam Seed ditayangkan di RTM TV2 hari Sabtu. Adik saya yang bagitau ada citer robot kat tv,ape lagi dengan lajunyer saya tengok.Memang jatuh cinta terus dengan Strike Gundam, sejak itu memang terus cari info-info mengenai Gundam di Internet. VCD siri anime gundam pun ada beli dan masa tu juga mula membeli model kit Gundam (Gunpla). Banyak juga siri anime Gundam yang saya tengok contohnya Mobile Suit Zeta Gundam, New Mobile Report Gundam Wing, Mobile Suit Gundam 0083, Mobile Suit ZZ Gundam, Mobile Suit Gundam 00 dan Mobile Suit Gundam Char Counterattack. Apapun saya minat setiap siri anime gundam sebab setiap satunya mempunyai keunikan dan rekaan Mobile Suit (MS) yang tersendiri. 
RX-78-2 Gundam Katoki Version,
Gundam yang mula saya nampak.


Aile Strike Gundam, gundam yang mula saya minati.


Oklah itu saja untuk post kali ini, taip panjang pun nanti pening orang nak baca.hihihihi..:P Pendek citer ini post mengenai mengapa saya minat mecha/robot sebab orang sering tanya kenapa saya minat ni.Ada yang gelakkan saya dan kata saya macam budak kecik minat robot.Tapi saya tak kisah pun apa orang nak kata, sebab saya bukan buat perkara yang boleh menyusahkan bangsa,negara dan diri sendiri..Sekian untuk post kali ni.Jaga diri dan layannnnnn....:D



No comments:

Post a Comment