Salam pembuka kata...

Blog ini hanya sebagai suka-suka untuk mengisi masa lapang.Kandungannya agak bercampur sedikit,sebab dah jadi minat saya untuk melihat alam sekeliling yang indah ciptaan Allah S.W.T. ini.

Saturday, February 26, 2011

Lagu-lagu ini membawa memori seribu erti....

Assalamualaikum,wiiihuuuuu....hihihi. Wahhh hari ni sangat bersinar-sinar cemerlang dengan angin lembut berbahasa. Pada fikiran saya, setiap orang pasti ada lagu-lagu yang diorang suka dan banyak memberi memori pada diri sendiri kan. Bagi saya lagu-lagu daripada Slam, XPDC dan Linkin Park lah yang paling terkesan di hati sebab sememangnya ada memberi 150 juta memori hihihi. Di sini saya nak citer sikit macam boleh minat dan memori di sebalik lagu-lagu itu...





Lagu yang pertama tentulah lagu Mentari Muncul Lagi ni. Inilah lagu daripada Slam yang pertama sekali saya dengar, masa tu masih sekolah rendah lagi. Kiranya zaman saya "kecik kemetot" lah kan..hahaha. Popular sangat diorang ni masa tu,sampai saya sanggup senyap-senyap beli kaset dan pinjam walkman mak cik saya.hihihi. Ayah saya tak suka tengok saya bazir duit beli kaset lagu, sekarang tak tahu lah mana peginya kaset tu....hmmm...

Lagu yang meruntun emosi saya...huhu
lagu ni membuat diri terus minat dengan Slam...


Lagu yang kedua daripada XPDC Titian Perjalanan, lagu ni special sikit sebab lagu ni lah yang membuatkan saya kenal dengan genre "Rock Kapak" dan gitar kapok hihihi. Waktu tu sekolah dalam darjah 5 - 6 lah kalau tak silap, ayah beli komputer peribadi (PC) baru daripada kawan dia. Perhhh dalam PC tu ada pula lagu-lagu XPDC dalam music playernya, jadi kerana ingin tahu saya terus lah main lagu XPDC yang mulanya Titian Perjalanan. Memang jatuh cinta terus hihihi Pastu memang layan rock kapak lah sampai ikut abang saya lepak dengan kawan main gitar kapok. (saya txreti main gitar pun..huwaaaaa...)


XPDC Titian Perjalanan..lagu ni memberi semangat
untuk meneruskan perjalanan hidup...

Lagu ketiga adalah daripada band Linkin Park, masa tu dah masuk sekolah menengah dalam tingkatan 1 lah. Zaman tu komputer memang popular, maklumlah masa tu mulanya zaman Information Technology (IT) berkembang. Mulanya cuba layan lagu-lagu band Red Hot Chilli Pepper tapi tak lekat sangatlah. Akhirnya layan Linkin Park dengan lagu Crawling, wahh memang terus layan lagu diorang tu..hihihi CD diorang saya takde beli pun, pinjam dan download je kat internet...hehehe :P

Linkin Park Crawling, lagu ni korang boleh dengar kat Youtube,
di channel linkinparktv

Sekarang saya sedang cuba-cuba layan lagu-lagu daripada band-band indie dan pemuzik bebas di negara kita ni. Dalam banyak-banyak tu ada satu kakak ni saya minat sangat dengan lagu dia iaitu Fynn Jamal. Memang best layan lagu dia ni antaranya lagu Biar yang menceritakan mengenai kasih anak kepada ayahnya dan lagu 150 Juta yang memang agak gedik bila mula dengarnya tapi saya sukalah..hahaha Kalau korang nak tau pasal Fynn Jamal ni pegi je ke Facebook dia di http://www.facebook.com/pages/Fynn-Jamal/108427339128
Korang boleh Like page dia dan dengar lagu-lagu dia di situ, dengar citer dia ada buat projek baru yang dinamakan "Projek Kesian".Untuk lebih detail pegi je ke Facebook dia untuk maklumat lanjut. Saya dah tolong pun dengan lajunyer untuk projek tu hihihihi.:D

Fynn Jamal 150 Juta, lagu ni memang best...
I likee FJ..hihihi (like sebagai peminat je..:D)

Baiklah itu je lah nak dikongsi sedikit hari ni, harap korang bacalah ye walaupun tak mahu baca hahahah. Maaflah panjang sangat sebab yelah kan citer pun pasal lagu-lagu kenangan memori kehidupan. Nak dijadikan citer, saya mula layan kebanyakan lagu-lagu lain dengan mendengarnya di radio PerakFM dan EraFM serta melalui PC saya. Itupun lepas kemalangan waktu darjah 6 itu yang duduk kat rumah boring bukak radio je hehehe....OK itu jelah..sekian.Hari baru semangat baru happy selalu...



No comments:

Post a Comment